BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 23, 2010

Allahyarham Tuan Guru Pak Mat Pinang

Allahyarham Tuan Guru Pak Mat Pinang
Beliau merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan dan terlibat di dalam gerakan bersenjata tentera Sabil Selendang merah di Sungai Manik, Perak. Merupakan orang yang dihormati semua bangsa ketika hidupnya, menghabiskan sisa kehidupan dengan menjadi nelayan, beliau mempunyai kepakaran didalam menangkap ketam sehingga turut di kenali dengan nama Pak Mat Ketam, Gelaran Mat Pinang diberikan ketika allahyarham berada di Sg. Manik. Allahyarham Guru telah menurunkan ilmu Silat & ilmu kerohanian kepada Pak Guru Hashim Ahmad. Segala ilmu yang disampaikan kemudiannya Pak Guru Hashim jadikan ilmu teras di dalam adat, tari serta kuncian didalam pelajaran Seni Silat Gayung Penggerak.

Ayahanda Pak Guru Hashim Ahmad

Ayahanda Pak Guru Hashim Ahmad
Merupakan pengasas dan Guru Utama Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak. Anak Jati Teluk Kumbar, dilahirkan dan dibesarkan dari keluarga Petani & Nelayan. Mempunyai susur galur keturunan arab dan kerabat diraja Kedah. Beliau menggabungkan ilmu-ilmu persilatan yang dipelajarinya dengan mengambil Silat Pak Mat Pinang sebagai ilmu teras perguruan.

Sekilas mengenai SPSGP

SPSGP merupakan sebuah perguruan kecil silat yang masih bergerak aktif di Pulau Pinang. Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak (SPSGP) diasaskan pada tahun 1970, bertempat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ianya diasaskan dan diterajui oleh Guru Utama Pak Guru Hashim bin Ahmad dari awal penubuhannya sehingga kini. SPSGP adalah himpunan gerak yang terhasil dari permainan 4 aliran silat. Tahun 2010, genaplah usia SPSGP yang ke 40 tahun . Perguruan ini hanya mempunyai gelanggang di sekitar barat daya pulau sahaja.



Adapun perkataan 'GAYUNG' digunakan di dalam nama perguruan SPSGP, haruslah diketahui bahawa nama tersebut tidak melibatkan Permainan Gayong yang dibawakan oleh Dato Meor Rahman,Pengasas dan Mahaguru Silat seni Gayong Malaysia. Kita semua tetap didalam rumpun silat melayu, Kesamaan gerak mungkin secara kebetulan sahaja...


"Ilmu itu tiada penamat selagi kita mencarinya, Siapa cepat dia dapat, siapa nak dia tunggu

Yang Baik ditatang,Yang Jahat Ditentang"

0 comments: